Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Tuesday 16 August 2011


SEJARAH PENUBUHAN & LATAR BELAKANG


Bangunan MID Kg Melayu Raya (MID) didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh Pn Marfuah Binti Warkam. MID Kg Melayu Raya dibina oleh agensi FELCRA BHD dengan peruntukkan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). MID Kg Melayu Raya mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah siap sepenuhnya pada awal tahun 2006. Keluasan tapak MID Kg Melayu Raya ialah 80’ x 100’ dan dilengkapkan dengan 20 buah Komputer Peribadi (PC) berinternet.
Mesyuarat MID Kg Melayu Raya kali pertama telah diadakan pada 19 Jun 2006 bagi memilih dan menetapkan ahli jawatankuasa MID Kg Melayu Raya. Ahli mesyuarat telah sebulat suara memilih En Zainal Bin Haron sebagai Pengurus Medan Infodesa yang merupakan seorang pesara Askar. Beliau memikul tanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan MID Kg Melayu Raya. Bayaran gaji dan elaun beliau dikeluarkan dari tabungan MID Kg Melayu Raya sementara beliau belum dilantik oleh pihak KKLW.
Pemangku Pegawai KEMAS daerah Pontian iaitu Pn Zaiton Binti Hj Musally pula, diberi penghormatan untuk menerangkan tentang Program Infodesa dan manfaatnya kepada masyarakat desa. MID Kg Melayu Raya dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) daerah Pontian di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).
Pada 20 Jun 2006, MID Kg Melayu Raya telah menandatangani surat penyerahan peralatan dan perkakasan diantara pihak pembekal FELCRA BHD dan Pengerusi JKKK Kg Melayu Raya iaitu En Rabidin Bin Saldan. Bermula dari tarikh penyerahan itulah MID Kg Melayu Raya memulakan operasi walaupun belum dibuka kepada orang ramai. MID Kg Melayu Raya dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada 25 Ogos 2006 iaitu kali pertama Kursus Literasi Komputer Desa dijalankan.
Awal tahun 2008, En Zainal Bin Haron membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Pengurus Medan Infodesa di MID Kg Melayu Raya. Oleh yang demikian, lembaga pengurusan MID Kg Melayu Raya telah menawarkan jawatan tersebut kepada Pn Nor Irmezawani Binti Jamaian. Pada 9 Jun 2008,  MID Kg Melayu Raya telah ditadbir dan diuruskan oleh Pengurus Medan Infodesa yang baru dengan diberi elaun bergantung setiap kursus yang dijalankan di MID Kg Melayu Raya. 24 Julai 2008, beliau telah diminta oleh pihak KKLW untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Pengurus Medan Infodesa bertempat di MID Kg Parit Tengah Batu Pahat Johor. Setelah menghadiri sesi temuduga tersebut pihak KKLW telah melantik beliau sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi jawatan Pengurus Medan Infodesa bermula 4 Ogos 2008. Setelah 8 bulan berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS), beliau telah dilantik secara kontrak sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pengurus Medan Infodesa) pada 17 Mac 2009.
Taklimat Operasi MID Kg Melayu Raya telah diadakan pada 15 Mac 2010. Seramai lebih kurang 30orang yang hadir termasuk YB Tang Nai Soon ADUN Pekan Nanas, Tn Hj Lukman bin Nordin selaku Pegawai KEMAS Daerah Pontian, ahli jawatankuasa MID serta ahli jawatankuasa JKKK Kg Melayu Raya. Taklimat ini bertujuan untuk melancarkan perjalanan operasi disamping menjelaskan peranan, fungsi, tanggungjawab serta pihak yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal MID.

Monday 1 August 2011



 MATLAMAT PENUBUHAN MID 
  •    Sebagai pemangkin untuk masyarakat setempat melangkah ke era Teknologi Maklumat berasaskan ICT (Information Communication Technology).
  •    Sebagai pusat latihan setempat untuk menyediakan dan menjalankan latihan penggunaan perisian dengan menggunakan asas kebudayaan setempat.
  •    Sebagai pusat latihan setempat untuk menyediakan dan menjalankan latihan penggunaan perisian dengan menggunakan asas kebudayaan setempat.·                             
  •    Sebagai nadi penggalak kepada ibu bapa menyediakan kemudahan komputer menurut matlamat ‘satu rumah satu komputer’.  
  •    Menyedarkan masyarakat luar bandar tentang kepentingan komputer di dalam aktiviti harian dan masa hadapan generasi muda sekarang.
  •    Sebagai satu medan untuk masyarakat luar bandar melangkah ke arah generasi celik komputer yang akan menggunakan kemudahan komputer untuk meningkatkan potensi diri sebagai ketua keluarga dan ketua dalam masyarakat.
  •    Membuka minda masyarakat luar bandar tentang e-ekonomi dan e-dagang serta arus ekonomi bersumberkan maklumat bukan hanya sekadar ekonomi itu datangnya dari yang sedia ada seperti tanah, buruh dan sumber asas. 

VISI
“Menjadikan Medan Infodesa sebagai pusat percambahan ilmu dan teknologi maklumat kepada masyarakat desa”


MISI
“Menjadi pusat perundingan, perkhidmatan dan pengembangan ilmu serta rujukan dalam bidang ICT kepada masyarakat desa”